2015: Antara mimpi dan kenyataan…

Posted on Updated on

Bismillah.

Tahun baharu menjengah sudah lama, saya pula baharu hendak menekan papan kekunci ini, meraikannya.

Selamat datang tahun 2015. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang menyenangkan.

Dalam catatan-catatan saya yang lalu, selalu saya rakamkan di blog sederhana ini tentang azam. Impian. Mimpi-mimpi.  Ada antaranya kian jelas, banyak daripadanya tidak nampak-nampak, samar-samar dan berbalam.

Semalam, ada pelajar menghantar pesanan di WhatsApp, ” Madam, Khamis nanti ada sesi untuk Penasihat Akademik tak? Saya pohon, berkongsi tentang pembahagian masa.  Terlalu banyak aktiviti saya takut tak dapat mengejar P&P.”

Nada mesej yang beradun pengaduan.  Dalam tika yang sama, saya terkenang akan beberapa tahun yang terkebelakang, lalu bertanya akan diri, apakah rasanya ya, menjadi pelajar kembali? Bergelut dengan aktiviti kampus. Berjaga malam menyiapkan tugasan. Mencuba berulang-kali menghadam apa-apa yang telah diajarkan pensyarah.

Bunyi cicak.  Langsir biru. Tasik di taman. Memberi makan ikan. Melayan kucing. Membelai pokok stevia…

Tahun 2011 saya bergraduasi, bererti sudah 3 tahun lebih saya tamat belajar, adakah ilmu saya bertambah seiring kematangan? Adakah kemahiran saya kini boleh dibanggakan?

Lalu ingatan melayang-layang, saat semangat begitu berkobar-kobar bergelar pelajar pasca-siswazah; post-graduate.  Seminggu saya berkampung, orientasi di UIAM Gombak,  tika itu saya begitu gembira diterima sebagai pelajar Sarjana Kejuruteraan Bioteknologi.  Malang sekali, kerana saya tidak sepintar mana, lalu ditolak permohonan sambung belajar oleh majikan, terikat peraturan biasiswa.

2012, berangan-angan pula menyambung pelajaran di UIAM Kuantan.  Beria-ia mencari supervisor, menulis proposal kajian.  Berdolak-dalik dengan ketakutan. Takut berbalah dengan masa; mengorbankan ‘comfort zone’.

Adakah impian nan satu ini akan tercapai? Sukarnya mahu melangkah ke ‘alam’ yang lain ini.

Seperti pesan saya pada anak-anak didik, apa-apa yang kita ucapkan dan impikan, akan menjadi kenyataan, hanya masa yang menentukan.  Jika saban hari kita melihat impian kita, berdoa, memohon diam-diam dalam hati, adalah tidak mustahil impian kita akan dimakbulkan Tuhan.

Seperti impian ini:

cendawan

dicatat pada 1 Januari 2010, bayangkan catatan tanpa rasa ini, menanam cendawan telah tertulis dalam takdir hidup saya!

Subhanallah.

Adakah mimpi saya ini akan termakbul juga suatu hari nanti?

mimpi

IMPIAN 2015

1.  Memasuki mana-mana pertandingan penyelidikan & inovasi

2. Berjaya memohon biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan

3. Menyambung sarjana selewat-lewatnya September 2016 (jika mendapat biasiswa)

4. Membeli rumah

5. Menerbitkan sebuah antologi puisi dan sebuah kumpulan cerpen

6. Menjahit baju raya untuk diri sendiri, suami, abah, mama dan adik

7. Mempunyai pendapatan sampingan yang berterusan memberi pulangan

8. Menulis sebuah buku/ manual akademik

9. Menulis satu jurnal sains ke penerbitan jurnal luar selain politeknik

10. Memperolehi zuriat dan tinggal bersama-sama suami tercinta

POST-MORTEM MIMPI 2014

Impian pada tahun 2014 sederhana namun bermakna, pastilah mimpi ini sangat besar untuk dimakbulkan dan antaranya sangat subjektif.  Indikator keberhasilannya samar-samar.

mimpi2014tidak seperti mimpi pada tahun 2013, nampak bersemangat benar menanti tahun baharu!

mimpi2013Saya sudah lupa atau hilang ingatan atas pencapaian tahun 2014, barangkali hanya ada satu atau dua sahaja yang siknifikan.  Punyai buku puisi sendiri.

Kehidupan statik yang berlegar soal kerja.  Itulah yang terjadi pada 2014.

Moga-moga pada tahun ini ada lagi mimpi-mimpi yang akan termakbul…

Amin ya Rabbal ‘alamin.

————

IKLAN

Jom tengok koleksi baharu (gambar) di Instagram Wardah Puteh Online Shopping.

2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s