Pengurusan masa

Image Posted on Updated on

image

Bismillah.

 

Pada tulisan yang lalu, saya ada ceritakan tentang seorang anak didik, yang bertanya akan soal pengurusan masa.  Beliau baharu sahaja menjawat jawatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).  Sebagai penasihat akademik mereka, saya tak pernah menganggap isu ‘time management’ sebagai satu hal yang boleh dipandang ringan…

Sedari awal mereka menjejak kaki ke sini, saya sudah ‘memaksa’ mereka untuk membuat diari/ planner.  Mengikut prioriti.  Membuat jadual.  Menulis 3 kesyukuran setiap hari, seperti saranan Prof. Dr. Muhaya…

Picture59

Membuat jadual, menulis prioriti dan menyatakan 3 kesyukuran setiap hari, bukanlah sesuatu yang sukar untuk dibuat, tapi memerlukan konsistensi dan istiqamah berterusan.  Walau pun nampak kecil, natijahnya amatlah besar.

 

Semasa di kampus dahulu, semasa bergelar pelajar saya ada menulis mengenai Jadual di entri ini: https://wardahputeh.wordpress.com/2007/11/30/post-mortem-ii/

 

dsc00470Jadual saya semasa bergelar pelajar

Memastikan diri mengikut 100% aturan dari jadual yang dibuat bukanlah semudah yang disangka, kerana ia memerlukan kesabaran, motivasi dalaman dan disiplin diri yang amat tinggi…

10929204_500140933458075_5074089136219221953_n

Sekarang sudah banyak planner dan aplikasi untuk android yang memudahkan pengurusan masa.  Terpulang kepada diri, samada untuk memajukan diri semaksima mungkin atau mahu bermalas-malasan sambil melihat orang lain menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Teringat satu hadis daripada Rasulullah SAW:  “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa dia habiskan, tentang ilmunya apakah telah dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan dan tentang tubuh badannya pada perkara apa dia gunakan.”

(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Kadang bila terasa terlalu banyak kerja dan tugasan yang menimbun, bisikkan di dalam hati pertolongan daripada Allah.  Insya’Allah keberkatan masa akan ada.  Magisnya terasa bila seberapa banyak kerja pun dapat disiapkan dengan cepat.

Dan seperti yang saya simpulkan di akhir kelas PA, “sesiapa yang tidak menguruskan masanya untuk Tuhan, maka dia pasti tak akan dapat menguruskan masanya untuk hal-hal yang lain.”

Nasihat ini, menyelinap masuk ke dalam hati saya, moga-moga saya mampu mengotakan nasihat yang saya sendiri butirkan. Insya’Allah dan amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s