Pesan kepada yang sedang bersedih-sedihan…

Posted on

Bismillah

Dalam hidup ini kadang kita akan berada di atas,  kadang kita berada di bawah.  Kedua-duanya ada ujian dari Allah.  Pun begitu,  selalunya tidak semua akan tersedar saat diuji di atas.  Kesedaran cuma datang apabila berada dalam kesulitan dan kesusahan. 

Keinsafan dan rasa hidup bertuhan hanya menyentuh hati insan yang betul-betul beriman.

Setiap hari berdoa dan berkeluh-kesah dengan Tuhan: tak didengarikah? Seperti hujan yang turun selebat-lebatnya hingga batu yang calar retak dan terbelah jua.

Benarkah doa tidak didengari Tuhan?

Atau sebenarnya terlaluuuuuuuuuuuu banyak nikmat yang telah Tuhan berikan,  namun kita yang buta dan tuli untuk melihat?

Sesiapa yang bersyukur Allah akan tambahkan nikmat.

Janji Allah untuk orang yang percaya dan memaksa diri untuk bersyukur atau orang yang ikhlas?

Reda dan terpaksa pastilah berbeda. Seperti langit dan bumi.

Rezeki dan bahagia sebenarnya ada pada dirimu sendiri. Jangan membilang nikmat orang lalu mencemburuinya dan langsung bersedih.  Bilanglah nikmat yang Allah berikan pada diri sendiri… pasti tak terbilangkan dan membuatmu senang.

Mahukan isteri.  Mahukan suami.  Mahukan pekerjaan yang tetap.  Mahukan rumah idaman.  Mahu jelita.  Mahukan zuriat.  Mahukan keluarga bahagia.

Semuanya ujian.. Semuanya nikmat yang akan dipersoalkan.

Bagaimana layananmu pada isteri?  Taatkah kamu pada suami?  Ihsan dalam bertugaskah kamu? Wajahmu menarik hati ajnabi?  Amanah Allah yang jika salah didikan boleh menjerumusmu ke dalam neraka? Sebahagia mana lagi yang kau mahu?

Sabarlah duhai yang bersedih… Tuhan bukan tidak mendengar.  Dia bahkan lebih mengetahui yang terbaik.

Rinduilah Allah kerana destinasi terakhir itulah yang abadi,  tiada yang kekal di dunia ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s