La taisu min rauhillah…

Posted on

Bismillah.

Alhamdulillah selepas dua tahun enam bulan menjadi suri, Tuhan mengurniakan kami; suami isteri satu amanah lagi dalam melayari bahtera kehidupan.

Dalam syukur kami suami isteri bermuhasabah; nikmat Tuhan yang manakah lagi mampu untuk didustakan?

Dia Maha Mengetahui kemampuan hamba-Nya dalam menghadapi mehnah- amanah ini ujian juga- semampu manakah kami akan dapat menjaganya; bermula anakanda dalam kandungan sehinggalah dewasa nanti- benarkah dia akan menjadi penghubung rantaian pahala, atau nauzubillah; rantaian dosa.

Aku telah membaca banyaak sekali kisah-kisah, tentang perawatan dan keluh kesah pasangan yang menanti zuriat. Ada yang puluhan tahun lamanya. Kebanyakan orang yang lain pula, begitu mudah, bunting pelamin.

Kedua-dua  pasangan ini diperbandingkan…sedangkan mempunyai zuriat adalah takdir. Seperti jodoh dan kematian.

Bagi yang bertahun-tahun menunggu dan pelbagai ikhtiar yang telah dilakukan, sudah pasti tidak terkira banyaknya limpah air mata kesedihan dan kepiluan; betapa dalam pengharapan. Kadang bukan kerana dirinya tidak reda, tetapi begitu banyak tohmah dan pertanyaan yang menikam jiwa dari orang-orang sekeliling.

Begitulah, manusia. Lupa, bahawa mempunyai zuriat adalah takdir. Bukan tidak mahu memiliki, bahkan telah banyak usaha dilakukan oleh mereka.

Dan begitulah sebenarnya jua, Tuhan mau mengurniakan pahala kepada pasangan yang tidak ada zuriat lagi. Kesabaran dan usaha mereka, insyaallah dengan niat yang benar, akan diganjar Tuhan.

Aku juga pernah putus asa sampaikan pada suatu malam, saat suamiku pulang dari solat, ujarnya; “Ustaz berceramah tadi, sesiapa yang tidak punya zuriat di dunia, Allah akan berikan semasa di syurga.”

Kami menangis.

Semuanya berkat doa semasa mengerjakan umrah… berkat doa suamiku yang tak kenal erti putus asa pada Tuhan sebenarnya. Saban malam dia ke Raudhah meminta. Aku pula memilih reda Tuhan- mana yang terbaik di sisi-Nya.

La taisu min rauhillah…Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s