Anak lelaki atau anak perempuan?

Posted on Updated on

Bismillah

Alhamdulillah. Semalam, 22 Oktober 2015 Khamis adalah 9 Muharram, ulangtahun kelahiran saya dalam bulan Islam. Hari ini, 10 Muharram pula adalah Hari Asyura.

Kandungan saya kini 5 bulan…cepat masa berlalu, terasa semacam tidak mengandung, kerana alahan tidak begitu ketara dan kesibukan menunaikan tugasan sebagai tenaga pengajar di sini. Alahan pada awal mengandung dengan ubat gigi, sakit ulu hati, sembelit, ‘gangguan emosi’, ‘bengkak’ muka dan cepat penat perkara biasa yang saya alami. Alhamdulillah sekarang saya mulai membiasakan diri, tidak seperti di awal-awal dulu, cepat panik. Dengan bantuan bahan bacaan dari internet, pengalaman orang dan buku-buku, saya belajar sedikit demi sedikit.

Sekarang saya sedang membaca buku ini pula….

Cover buku

Bagus buku ni, saya sarankan kepada ‘mama junior’ atau yang prihatin akan pendidikan awal anak-anak untuk membeli buku ni. Ibu Bijak, Anak Bahagia karya Norashikin Hashim. Beliau juga bekas pelajar UIAM. ;’) Blog Penulis di sini.

Jantina bayi dah diketahui..jeng jeng jeng.. lelaki ke perempuan?

Lelaki atau perempuan mana-mana pun tak apa, alhamdulillah. Cuma nak kongsi satu tips menarik dari blog Tautan Hati Nabila Hasyim ni. Petua atau cara nak dapatkan jantina yang diingini. Juga ada tips bagaimana nak dapatkan zuriat daripada penulis.

Sebenarnya saya suka membaca blog-blog pengurusan rumahtangga (walau pun diri tak serajin mana pun). Saya suka tengok ibu-ibu atau suri menguruskan dapur dan rumah. Lagi-lagi kalau ada tips penjimatan. Memang saya suka…termasuklah tips mengemas dan resepi memasak. Sebab itu saya bangunkan blog lain khas untuk resepi biasa-biasa saya di SINI.

Jika anakanda adalah lelaki,

jadilah seperti pohon subur yang memayungi saudara seislammu.

Jika anakanda adalah perempuan,

hiasilah peribadimu dengan keelokan santun pekerti.

Di dunia ini,

persiapkanlah dirimu dengan hati yang tak rapuh, nak…

Dunia ini tempat ujian.

Diuji oleh Allah, bukan oleh manusia dan keadaan.

Ujian ini meningkatkan darjatmu, nak

supaya menjadi hamba terbaik di sisi-Nya,

jika kau reda.

Wahai anakanda, sematlah di hatimu

ibu menyintaimu sepenuh jiwa, walau kita belum berjumpa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s