Catatan Takdir Sempena Ulangtahun Perkahwinan ke-3

Posted on Updated on

Bismillah

665378_480930051959600_1961499490_o

Catatan ini, sempena ulangtahun ke-3 perkahwinan kami…tentang takdir.

Kehamilan saya tidak dijangka selepas penantian yang panjang kami suami isteri. Selepas penantian dan reda akan apa adanya…begitulah Tuhan merancang…ianya terjadi selepas suami dapat kembali ke sisi saya pula, Allah, nikmat mana lagi yang ingin kami dustakan.

Selepas air mata dan rindu yang berantaian, apatah lagi setiap kali permohonan pertukaran tidak berjaya. Kata saya memujuk suami,” Abang, banyak sangat dah nikmat Allah bagi pada kita…kita sekurang-kurangnya ada duit nak makan, nak bagi mak ayah, kita boleh hidup sederhana secara senang. Betapa ramai lagi yang menunggu kerja tak ada rezeki lagi…ada rumah, ada duit nak beli barang kita suka sekurang-kurangnya. Lagi pun, sebelum ni kita lagi jauh, Wani di Kuantan, sekurangnya dah dekat sikit sekarang, lebih mudah.”

Reda. Syukur. Dalam kesusahan tinggal berjauhan semenjak berkahwin sebenarnya ada juga hikmah yang Allah berikan.

Barangsiapa bersyukur Allah akan tambahkan lagi nikmatnya. Saya percaya.

Tahun 2015, Allah jemput kami berdua melalui tajaan mama abah ke Tanah Suci. Kami gembira, lebih-lebih lagi suami yang tidak pernah pergi lagi. Sampai-sampai saja di sana (Madinah) awal pagi terus suami meminta untuk ke masjid untuk ziarah Rasulullah. Semua jemaah padahal masuk bilik berehat menunggu Subuh. Saya temankan saja beliau hingga ke pintu yang hanya lelaki sahaja boleh masuk, dan alhamdulillah,suami dapat masuk dan solat di Raudah!

“Abang masuk je tadi ikut orang, tiba-tiba orang lari. Sampai karpet hijau, abang solat. Bila habis abang tanya lelaki yang tengah tunggu sebelah abang, Is this Raudhah? Dia balas Insyaallah”

Senyum saja saya mendengar cerita suami.

Indah benar dinihari itu dapat berpimpin tangan dengan syurga saya, dekat dengan Kekasih Allah…

Memang benar Tuhan ciptakan pasangan untuk suburkan mawaddah dan menundukkan pandangan kita, merasai nikmat ibadah.

Pulang ke tanah air…dalam resah gelisah, permohonan doa dan pengharapan, hati ini memujuk diri sendiri supaya terus bersyukur dan reda dengan suratan Allah. Sebabnya saya berdoa untuk mendapat yang terbaik di sisi Allah saja, walau kadang memang terselit doa untuk suami kembali di sisi dan dikurniakan zuriat, jika itu yang terbaik.

Berdoa di sana, memang benar mustajab, namun jika Allah tidak mentakdirkannya, maka, tidak akan berlaku jua…

Jun 2015 suami ditakdirkan Allah dapat dipindahkan melalui pertolongan seseorang atas izin-Nya jua (jazakallah), saya sambut dengan linangan air mata kesyukuran.

Pertengahan Jun, apabila mengetahui saya hamil, perasaannya seperti biasa-biasa sahaja. Barangkali kerana kehilangan 2 sosok penting dan saya kasihi di dunia ini; yakni guru puisi saya dan kucing yang menemani saya sepanjang ketiadaan suami.

Bersyukur tentunya apabila mendapat perkhabaran tentang zuriat, tapi dalam keadaan tidak terlalu gembira, kerana berasa, amanah ini lebih besar. Hati berkira-kira tentang didikan seperti apa, persediaan dan sebagainya yang perlu dilakukan…

Inilah amanah Allah, yang akan dipersoalkan.

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s