Catatan Takdir Sempena Ulangtahun ke-3 (Bahagian 2)

Posted on

retroverted-uterus-means-that-her-uterus-is-not-facing-up-and-down-like-normal

Bismillah

Membaca blog-blog TTC mother (trying to conceive) selalu menimbulkan rasa kagum akan segala usaha mereka untuk mendapatkan zuriat. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk mereka, jika tidak di dunia insyaallah di syurga…

Pengalaman saya ber’TTC’ tidaklah segigih mereka…mungkin kerana berasa sukar jika mengandung ketika berPJJ dengan suami yang bekerja di Sabah sebelum ini.

Sehingga tahun kedua perkahwinan, baharulah kami memikirkan soal zuriat dengan lebih serius.

Siapa yang tidak mahu zuriat?

Tujuan utama memperoleh zuriat bukan kerana mahu bermegah-megah apatah lagi memperkecil hati yang belum ada rezeki, namun kerana sabda Rasul, apabila mati seseorang insan, maka amalan yang berterusan akan diterimanya adalah doa anak yang SOLEH

Hadis ini yang menyebabkan saya boleh mengalir air mata ketika berusaha dulu,,,dan saya pun sebenarnya pernah bercadang mendapatkan anak angkat.

Pun, saya menganggapi persoalan ini adalah persoalan biasa-biasa bukan permasalahan; kerana saya berasa cukup dengan apa adanya…dan selalu gentar jika memohon apa-apa yang tidak patut dikurniakan oleh-Nya, Allah murka dan memberikan yang tidak terbaik di sisi-Nya.

Jika sesuatu tidak berlaku, percayalah ada perancangan-Nya yang punyai jutaan hikmah.

Usaha dan doa tidaklah salah, walau bagaimanapun… Cuma dalam berdoa janganlah ‘mendesak’ Tuhan.

Antara ikhtiarnya adalah dengan pergi berurut di sebuah kampung di Kedah. Kata mama, penyewa rumah kami yang telah bertahun-tahun (lebih kurang 7 tahun) tidak punya anak, akhirnya dengan izin Allah dikurniakan anak selepas berurut dengan mak cik ini. Mak cik ni saya akui memang pandai berurut part saya selalu tarik mengkarung haha…memang legaaa…rasa macam urat bersimpul terus tegang balik. Keduanya, mak cik ni dapat rasakan rahim saya ke belakang sikit katanya..waktu inilah saya tahu saya ada rahim terbalik atau retroverted uterus. Tapi mak cik ni telah menakutkan saya dengan pernyataan ‘Kalau pergi hospital ni kena buang rahim ni” Terus berpeluh-peluh dengar…Ditolaknya rahim saya ke tengah sampai senak. Dalam RM 300 juga mak cik ni dapat setelah dua kali berurut. Huhu. Mak cik ni ada bagi air jampi suruh minum…tapi peliknya air tu mak saya cakap dia dah minum sampai habis…saya rasa mak saya pergi tuang mana-mana sebab dia macam tak percaya mak cik ni cakap..haha.

Keduanya, saya membuat temu janji dengan Dr. Hamid Arshat, setelah mendapat testimoni yang bagus daripada rakan-rakan sekerja (dalam 8 tahun menunggu). Temujanji ini dalam 5 bulan jugalah. Gigihnya mengatur suami pulang dan ke kliniknya di Damansara. Di sana, pemeriksaan secara lebih saintifik telah dilakukan. Suami OK. Saya? Dikatakan ada retroverted uterus (pandai mak cik tadi..haha). Dr Hamid bertanya adakah saya senggugut semasa haid. Jawab saya ada tapi tak sakit sangat atau biasa-biasa sahaja. Terus doktor tulis ada kemungkinan endometriosis. Huhu. Kami diberi tempoh 6 bulan jika saya tidak berjaya hamil, maka rahim saya akan diikat menjadi ‘normal’ kembali…kosnya adalah dalam RM 6000…dalam pada itu, dr menyarankan saya untuk melakukan HsG bagi memeriksa telur dan tiub follopian (sama ada normal atau tidak). Ubat yang dibekalkan adalah fish oil dan obimin serta ubat tahan sakit untuk HsG. Caj pemeriksaan ini adalah dalam RM 300 (anggaran).

New_Obimin_30s_PackBottle_Mal_High_Res_small

Namun disebabkan tidak ada yang boleh membantu jika saya ke rawatan HsG di KL ditambah pula sikap penakut saya kerana dikhabarkan prosedur ini sakit, maka hasrat ini tertangguh…huhu.

Ketiga, dari segi pemakanan…menjaga pemakanan adalah sangat penting sebenarnya. Bukan untuk hamil sahaja sebenarnya, tapi untuk kelangsungan hidup. Saya turut membeli makanan-makanan sunnah seperti madu, jus kurma, minyak zaitun dan lain-lain..tapi semunya hangat-hangat taik ayam saja. huhu..sepatutnya mengamalkan dengan konsisten. Insya’allah azam saya untuk menghabiskan semua stok-stok yang ada.

Keempat, usaha berdoa di tanah suci.

Semuanya sebenar-benarnya adalah takdir. Namun segala usaha yang telah dilakukan niatkanlah kerana Allah, semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran di sisi-Nya. Insya’Allah.

****

Rahim terbalik bukanlah tidak normal atau cacat. Ia adalah salah satu karakter seperti telinga kita…ada yang melekap cupingnya ada yang tidak…ramai sahaja yang RT bunting pelamin dan tidak semestinya RT boleh menggalakkan terjadinya endometrosis. Insya’allah dengan izin-Nya jua…janganlah berputus asa dengan Tuhan kerana kata-kata manusia yang sudah pasti terbatas ilmunya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s