Salah Makan

Posted on Updated on

Bismillah

Minggu lepas, dengan takdir Allah, tersalah makan agaknya, terus cirit-birit, muntah-muntah dan demam seawal pagi. Baby pulak asyik mengeras, pusing-pusing. Sakit sangat. Geraklah Encik Suami, dia mamai agaknya, suruh tidur balik (memang penyabar betul). Huhu. Pagi dia pergi kerja, saya pula memang rasa tak larat dah masa tu, terus tidur dan mesej bos untuk ambil 4 jam.

Mesej kawan (doktor) perlu ke pergi klinik sebab rasa macam tak daya sangat, dia cakap perlu kalau sakit dan baby tak gerak. Pukul 11.30 pagi, rasa memang tak daya dah nak masuk balik, call suami tanya nurse nak buat apa kalau jadi macam ni. Padahal boleh je call sendiri (huhu), suami call dan tiba-tiba mesej dia dah otw balik. Motifnya nak bermanja-manja sebenarnya. Huhu. Tapi memang tak larat, cirit-birit dah masuk 5-6 kali dah masa tu.

Pergi ke klinik desa, nurse check suhu 37.9 degree dan suruh pergi ke klinik kesihatan pula. Nasib baiklah Encik Suami ada, memang tak larat la nak drive panas-panas remang tengah hari. Sampai saja memang ramailah nak jumpa doktor…huhu. Sempat la muntah air kosong dengan horlicks dan pisang makan pagi tadi. Lepas muntah rasa lega. Doktor check suhu naik 38.5 terus dapat MC 2 hari; bersyukur sangat sebab memang kalau nak minta sendiri segan. Huhu.

Batalkan semua urusan untuk dua hari dan minta bantuan kawan untuk masuk kelas 1 jam. Alhamdulillah.

Apabila jadi macam ni terus bimbang, kalau bersalin awal (nauzubillah) banyaknyaa kerja yang tak settle lagi. Sebabnya apabila asyik cirit-birit memang akan trigger contraction. Hikmahnya berat badan terus turun 2 kg. Huhu. Tapi sekarang dah kembali kepada asal. Huhu

Sepanjang minggu minum air kelapa suami beli dari PD. Alhamdulillah. Hari kedua semakin beransur pulih. Hari ketiga pening-pening lalat masuk office. Sekarang demam malam masih tak kebah, semoga Allah permudahkanlah dan semoga baby sihat-sihat saja di dalam. Alhamdulillah minggu ni pelajar cuti mid-semester. Tak perlu mengajar, buat benda yang lain saja di office.

Amin

 

20151205105042050

Baby ikut muka siapa ni..huhu. Semoga Allah melindungimu, nak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s