Tips Ibu Menyusu Ke Luar Negara (Thailand)

Posted on Updated on

Bismillah

13940122_744072415731591_948519731_o

Alhamdulillah pada 22.7.2016 yang lepas, Hud sudah 6 bulan. Bererti dia sudah boleh mulakan makanan pejalnya yang pertama. Yeay!

Sebagai mamanya, pastilah saya  berasa gembira dan teruja. Saya ingin mulakan dengan puri buah, tapi jururawat desa menasihatkan untuk memulakan dengan bubur nasi.

Bubur nasi yang kosong..

Tapi saya mulakan dengan bubur nasi yang dicampur lobak merah untuk mengelakkan Hud sembelit dan snek Hud pula saya buat puri epal.

 Hud tak berapa suka. Dia menangis.

Sedihnya pada waktu itu, dengan bekalan susu yang tidak mencukupi dan saya perlu ke luar negara (Bangkok).

Akhirnya Hud terima juga bubur lobak merahnya itu dan saya terpaksa memberikan susu formula pertama kepada Hud (Karihome). Susu kambing untuk bayi.

Masalah seterusnya, suami pula terpaksa berkursus selama 3 hari 2 malam semasa saya berada di Bangkok.

Tidak ada yang boleh menjaga Hud waktu itu. Kami terpaksa menghantar Hud kepada cikgu taskanya. Ya, Hud bermalam dengan cikgunya…

Cabaran tak terhenti di situ.

Sebelum ke Bangkok, saya mula memikirkan tentang waktu untuk saya mengepam susu pada hari-hari yang padat di sana dan bagaimana saya menyimpan susu Hud. Saya ada melayari laman web  hotel berkenaan dan mendapati tidak ada peti sejuk disediakan. Fikir saya, mungkin saya akan meminta bantuan penjaga kaunter hotel nanti- sama seperti sebelum ini apabila saya pergi berkursus di KL.

Persoalan-persoalan ini memang menekan saya. Menghantui saya.

Sakit meninggalkan anak itu- hati dan fizikal. Jangan berani mencuba/ bersetuju jika ada pilihan untuk menolak dan hati tak cukup kental.

Pun begitu, Allah rupanya  mendengar doa saya. Sampai saja di bilik hotel di Bangkok, terujanya saya apabila  mendapati ada peti ais  sejuk beku. Alhamdulillah. Bilik hotel telah di’upgrade’kan, kata penjaga kaunter semasa kami mendaftar masuk.

Setiap stok susu yang ada,saya simpan dalam peti sejuk beku dengan suhu paling minima. Sejuk seperti batu jadinya.

Di Bangkok pula, sukar untuk mencari surau/ bilik menyusu. Kadang-kadang saya terpaksa menahan sakit dari pagi hingga senja. Saya kurang selesa mengepam susu secara tergesa-gesa (kurang 30 minit) dan di tempat terbuka walaupun ada nursing cover.  Waktu malam pula tiada aktiviti, akan saya gunakan untuk mengepam terutamanya pada awal pagi sebelum subuh menjengah.

Ini penting kerana saya tidak mahu susu saya jatuh merudum, saya mahu berikan yang terbaik untuk Hud sehingga dia 2 tahun.

Enam hari di sana, akhirnya tibalah masa untuk pulang. Yeay!

Flight pada pukul 12, tapi check out hotel pukul 8.30 pagi. Saya begitu risaukan susu akan mencair. Coolman yang saya bawa pula tidak mencukupi ruangnya untuk menampung pek susu, saya bungkus dengan 2 lapis plastik dan beg kanvas, kemudian dibalut dengan tuala. Stok ini saya masukkan ke dalam bagasi dan akan dimasukkan dalam perut pesawat. Termasuklah coolman berisi susu itu, kerana saya fikir imigresen pasti tak membenarkan susu (cecair) dibawa masuk sebagai hand-luggage.

Pada saat itu saya mampu berdoa, paling teruk, susu mencair dan pek susu pecah (plastik). Memang berdebar-debar semasa menunggu bagasi keluar dari perut pesawat apabila sampai di Malaysia.

Flight delayed. Sampai di rumah 5 petang.

Alhamdulillah, rezeki Hud kesemua pek susu tidak mencair, hanya sedikit sahaja 1%.

Apabila ada yang menegur beg saya yang berat, saya hanya tersenyum, memang, hadiah yang bernilai ada di dalamnya, the golden drops for my beloved son, pastinya tidak ada dijual di Thailand.

Secara ringkasnya:

  1. Buat sedikit research tentang tempat menginap (ada freezer atau tidak), jika perlu call/ email untuk kepastian.
  2. Bawa pek plastik susu sebanyak mungkin.
  3. Bawa coolman dan bagasi besar yang muat.
  4. Caj bateri pam penuh-penuh (jangan lupa bawa universal plug)
  5. Bawa kain (nursing cover) yang cukup untuk melindungi
  6. Berdoa kepada Allah untuk mudahkan urusan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s