Hud

Percutian di Cameron Highland

Posted on Updated on

Bismillah

Akhirnya lepas dah lama tak update blog… -_-”

Baru-baru ini sempena birthday dan cuti panjang, kami sekeluarga decide ke Cameron Highland.

Sebabnya rasa macam lamanya tak naik CH. Seingat-ingat dah hampir 10 tahun yang last pergi!

Hud pula memang tak pernah jalan jauh lagi (melancong). Paling-paling pun Port Dickson.  Walau pun sarat, saya rasa masih okay – agak fit berbanding first pregnancy (31 weeks).

Maka hotel pun ditempah di Booking.com. Konon-konon nak hotel okay sikit, makanya ambil Century Pines Hotel di Tanah Rata, Cameron Highland.  Bilik katil queen size + breakfast berharga RM 290 untuk 2H1M. Berpeluh juga la masa nak bayar, nasib baik cik abang sponsored…hihihi

Hari Raya Aidil Adha kedua, kami pun bertolak seawal pagi (7.30 pagi). Jalan memang clear dan lancar. Kami cuma berhenti isi minyak di Tapah dan terus naik melalui Simpang Pulai sebab khuatir jalan Tapah yang macam ular kena palu. Tapi…Jalan Simpang Pulai ni pun pening…Hud muntah, dua kali. Kesiann dia.

Sampai di atas 12 tengah hari, terus cari tempat makan di Brinchang. Makanan di medan selera pekan ni agak murah dan sedap.  Di pekan tu adalah sikit-sikit orang jual. Kedai kecil, gerai dan hotel bajet.

Saya beli strawberi RM 10/ pek dan coklat pencicah RM10. Tapi mahal rupanya. Naik atas sikit ada chinese jual RM 18 dua pek -_-‘ Strawberi dia memang besarrr, manis dan gemuk. Geram tengok!

Tak sempat sampai malam dah habis satu pek strawberi. -_-

PINE.png

Pukul 2.30 petang akhirnya kami sampai di hotel dan terus check-in walau pun sepatutnya pukul 3….Disebabkan bilik available. TQ kepada staf hotel!

Sampai di hotel, saya rasa memang lembik sangat dah, sebab sepanjang perjalanan pangku Hud dan kena muntah dia Ya Allah masammm siap berkahak-kahak. Manakala sikenit biasalah bila sampai tempat baru terus excited. Semua dalam bilik tu dia “kemas”kan.

Petang 5.00 p.m., selepas asar, kami ke Restoran Taman Abang Steamboat. Sebab Encik Suami nak belanja lagi steamboat.

Restoran ni amatlah dekat dengan hotel, kalau tak sarat memang saya rasa nak jalan kaki je…ambik angin petang.

Hujan agak lebat. Hud tertidur! Bolehlah kami makan dengan aman.

RESTAURAN ABANG.png

Restoran ni memang mesra anak-anak kecil. Sebab ada satu kawasan meja jepun. Kami pilih duduk sini sebab Hud tidur.

Pilihan makanan banyak. Air pun banyak. Aiskrim dia memang sedap, wajib cuba. Kami banyak makan daging kambing je.

Malam tak ada apa-apa aktiviti, sebab mama rasa tak sedap badan. Rehat je di hotel. Lagi pun tak elok malam-malam keluar.

Esoknya pagi-pagi lepas sarapan di hotel, kami gerak ke MARDI.

21317648_963000863838744_2994139930136924190_n.jpg

Di MARDI, masuk sekepala RM5 untuk dewasa. Ada bunga-bungaan cantik, lanskap indah, pokok strawberi, bunga ros dan jualan gerai.

 

MARDI3.png

Pun dekat sangat-sangat dengan hotel. Di Tanah Rata ni memang tak se’jem’ Brinchang.

Beberapa jam di MARDI, kami balik ke hotel untuk mandi dan bersiap-siap balik. Check out pukul 12.30 p.m.

Ya Rabbi, masa ni memang azab. Menyesal tak keluar awal sikit. Jem sangat-sangatttt.

Kami sempat singgah di SCORNER. Beli sayur sikit dan tengok cendawan. Kemudian, last spot di pasar Brinchang.

21231596_963056837166480_4903287532659166679_n.jpg

Kalau ke CH mesti pergi pasarnya sebab kat situ memang best. Sayur segar, bunga segar, buah segar. Perempuan sukalah semua ni hihihi 🙂

21272082_963077653831065_7362105025131018970_n.jpg

Ada juga beli ais krim strawberi– memang wajib beli dan satu lagi jagung madu…memang semanis madu!

21271247_963077767164387_6217514411948772136_n.jpg

Kami sampai di bawah sebelum maghrib jam 7.00 malam. Jem memang teruk, semua manusia nak balik. Akhirnya terpaksa bermalam di Tapah.

Memang penatlah kalau naik CH masa cuti umum!

Advertisements

Pabila anak kena chicken pox…

Posted on Updated on

Bismillah

Dah lama sebenarnya si kecil ni kena chicken pox, cuma baru sempat nak ceritakan di sini, untuk kenangan dan barangkali tips untuk ibu-ibu.

IMG_20160814_191911

Mula-mula naik bintik di dada Hud, Allah dah panik sangat. Dalam hati berdoa janganlah chicken pox, sebab kesian Hud masih kecil, baru je menjengah 7 bulan.

Masa nak hantar Hud ke taska, cikgu tak bagi hantar selagi tak dapat pengesahan doktor. Ke klinik terus dan memang confirm Hud kena chicken pox. Perasaan memang tak keruan, rasa terlalu bimbang, padahal Hud rileks je, boleh gelak lagi waktu mamanya kalut telefon abahnya.

Calamine lotion memang sapu je dekat butir-butir chicken pox Hud yang semakin banyak dalam masa yang singkat. Malam kedua, Hud demam teruk juga 39 degree Celsius. Malam-malam menangis dia, tak boleh tidur. Mujur Hud belum ‘dapat tangan’ lagi, kalau tak mestilah menggaru je dia.

Alhamdulillah.

Seminggu lebih juga Hud baru lega.

Antara tips:

  1. Selalu sapu calamine lotion
  2. Pakai baju tipis
  3. Mandikan dengan air suam
  4. Selalu lap badan bayi dengan air -tekap-tekap kain basah

Ada juga tengok di FB, sabun daun semambu, boleh beli kalau susah nak jumpa. Mama abah di Kedah belikan ubat homopathy untuk Hud, datang jaga bergilir dengan mak abah (mertua). Alhamdulillah, akhir sekali keluar butir terakhir dekat kaki- paling lambat dan besar jugak.