Kesihatan

Pabila anak kena chicken pox…

Posted on Updated on

Bismillah

Dah lama sebenarnya si kecil ni kena chicken pox, cuma baru sempat nak ceritakan di sini, untuk kenangan dan barangkali tips untuk ibu-ibu.

IMG_20160814_191911

Mula-mula naik bintik di dada Hud, Allah dah panik sangat. Dalam hati berdoa janganlah chicken pox, sebab kesian Hud masih kecil, baru je menjengah 7 bulan.

Masa nak hantar Hud ke taska, cikgu tak bagi hantar selagi tak dapat pengesahan doktor. Ke klinik terus dan memang confirm Hud kena chicken pox. Perasaan memang tak keruan, rasa terlalu bimbang, padahal Hud rileks je, boleh gelak lagi waktu mamanya kalut telefon abahnya.

Calamine lotion memang sapu je dekat butir-butir chicken pox Hud yang semakin banyak dalam masa yang singkat. Malam kedua, Hud demam teruk juga 39 degree Celsius. Malam-malam menangis dia, tak boleh tidur. Mujur Hud belum ‘dapat tangan’ lagi, kalau tak mestilah menggaru je dia.

Alhamdulillah.

Seminggu lebih juga Hud baru lega.

Antara tips:

  1. Selalu sapu calamine lotion
  2. Pakai baju tipis
  3. Mandikan dengan air suam
  4. Selalu lap badan bayi dengan air -tekap-tekap kain basah

Ada juga tengok di FB, sabun daun semambu, boleh beli kalau susah nak jumpa. Mama abah di Kedah belikan ubat homopathy untuk Hud, datang jaga bergilir dengan mak abah (mertua). Alhamdulillah, akhir sekali keluar butir terakhir dekat kaki- paling lambat dan besar jugak.

Hypoglycemia: Darah saya tak manis

Posted on Updated on

Selepas didiagnose sebagai pesakit “darah tak manis” (baca: “under-sweet blood”/ hypoglycemia) dalam hati sudah “berbunga riang”. Terbayang PEPSI sebotol besar yang boleh diteguk setiap hari, gula-gula, coklat perisa strawberry…Mata pun bersinar-sinar walaupun langkahan kaki terasa tak seiring dan asyik bergoyang. Fikir saya, ini rupanya punca tak terdaya berdiri lama-lama, apatah lagi di bawah terik mentari dan ketika solat terawih serta kadang berasa kulit seperti dicucuk jarum (baca: paresthesia).

Tanpa saya ragui lagi, sebenarnya penyakit ini boleh membawa mudarat yang lebih besar seperti:

  • lose control of your body (jatuh tersembam)
  • loss conciousness (hilang daya tumpu)
  • mood disorder (susah mengawal emosi)
  • tired (mudah penat/ lesu)
  • (rarely) parmanent brain damage
  • death

Punca-puncanya adalah:

  • Overmedication with insulin or antidiabetic pills (for example, sulfonylurea drugs)
  • Use of medications such as beta blockers, pentamidine, and sulfamethoxazole and trimethoprim (Bactrim, Septra)
  • Use of alcohol
  • Missed meals

  • Reactive hypoglycemia is the result of the delayed insulin release after a meal has been absorbed and occurs 4-6 hours after eating.
  • Severe infection
  • Cancer causing poor oral intake or cancer involving the liver
  • Adrenal insufficiency
  • Kidney failure
  • Liver failure
  • Congenital, genetic defects in the regulation of insulin release (congenital hyperinsulinism)
  • Congenital conditions associated with increased insulin release (infant born to a diabetic mother, birth trauma, reduced oxygen delivery during birth, major birth stress, Beckwith-Wiedemann syndrome, and rarer genetic conditions)
  • Insulinoma or insulin-producing tumor
  • Other tumors like hepatoma, mesothelioma, and fibrosarcoma, which may produce insulin-like factors

Jadi, jika saya pening-pening lalat tolong sediakan satu botol Pepsi besar, coklat 5 keping, gula-gula sepeket, KFC, PizzaHut, mee goreng mamak dan nasi lemak untuk saya jamah sebelum pengsan…

Nota: Diagnosis hanya diperoleh dari pelajar Nursing UIAM pada hari konvokesyen dan mungkin tidak valid kerana terlalu nervous naik pentas graduasi, terlalu penat, makan sedikit paginya dan gerun dicucuk alat ambil darah (baca: lancet).\

Terkini: Bacaan gula dalam darah 4.8 (normal)