Menu Masakan

Resepi Bingka Jagung Mudah

Posted on Updated on

BENGKANG

Suami mencabar saya gunakan dua alat yang saya beli baru-baru ni sempena rasmi rumah baru. Katanya, gunakan  dua alat tu buat sesuatu. Tercabarnyaaa…Alahai. 😛

Hari ni tiba-tiba rasa rajin pula nak makan benda manis. Terhasillah bingka jagung yang diilhamkan resepinya oleh mama tersayang.

Saya perturunkan resepi ini kerana penyediaannya sangat mudah. Cuma masa memasaknya ambil masa sikit. 😀

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

2 biji telur ayam

1 cawan susu cair

2 cawan air

secubit garam

1/3 cawan planta @ minyak jagung

1/3 cawan jagung dalam tin

Cara-cara:

1. Panaskan oven 200 °C

2. Sapu mentega pada loyang/ bekas

3. Kisarkan semua bahan (sekejap sahaja)

4. Tuangkan dalam loyang

5. Panaskan 200 °C selama 60 minit

6. Sejukkan seketika dan bolehlah dihidang.

Mudah kan? Cubalah nanti ya.  Mungkin boleh dijadikan juadah sewaktu berbuka. 😀

Selamat menyambut Sya’aban. Moga Ramadan sampai pada kita hendaknya. Amin.

Suami Mengidam

Posted on Updated on

Salam hujung minggu 😀

Selalunya pada hujung minggu saya tidak lekat di rumah. Sibuk dengan ‘travelling’ ke sana sini. Jika tidak berkursus pun, saya akan pulang ke Kedah dan perjalanannya hampir 9 jam. Tak pun ke Gombak, yang memakan masa 4 jam (jika berhenti rehat). Tapi di sini, pekan terdekat 20 km dengan ‘Zeemart’nya dan Nasi Beriani Gam Johor. Seremban, 45 minit perjalanan. Nilai 3 dan Bandar Baru Nilai 20 minit pemanduan. Jelas, saya gemar diam di rumah sahaja.

Rutin harian biasa, pastilah membasuh baju dan mengemas rumah. Alhamdulillah berpuasa pada hari ini pula. Ayam perapan masih tersisa sahur pagi tadi (yang dimasak banyak untuk famili makan dalam perjalanan). Saya bercadang untuk goreng kacang buncis sahaja dengan lobak dan telur sebiji.

Oh..peti sejuk sudah dipenuhi mama dengan macam-macam barang. Alhamdulillah barangkali cukup sepanjang minggu sebelum cik abang pulang. Mintanya macam-macam juga, padahal tak tahu yang dimintanya boleh menggemukkan lagi badan! Tapi saya lagi suka. Hihihi 😀

Barangkali akan membuat dua jenis desert. Roti tersisa banyak. Puding roti sudah dimasukkan dalam senarai. Mengidam juga coklat, barangkali kek keju oreo. Lain-lain bergantung kepada apa yang adanya sahaja. Insya’Allah.

P/S: Kalau menjadi akan saya perturunkan di blog ini…Insya’Allah, bahagia suami/ keluarga anda, moga dapat sikit pahala hendaknya. Amin 😀

Berdikit itu syukur

Posted on Updated on

Image

Sambil menggoreng ikan, saya mengintai dari luar jendela dapur rumah yang membelakangi rumah sewa saya sekarang.

Pintunya yang berwarna putih ala inggeris sering mencuit hati saya. Terpesona. Jendelanya luas.  Kedudukannya lebih tinggi. Rumah teres dua tingkat yang berharga sekitar RM 300, 000. Sambil menelan liur saya membayangkan perlu lebih 3 tahun untuk membayar “down payment”nya sahaja.

Tomyam yang saya masak pagi tadi sudah dipanaskan, disimpan separuh di dalam peti sejuk untuk dibawa sebagai bekal ke pejabat esok.

Membayangkan di pejabat tadi, tiba-tiba sahaja bulu roma saya meremang. Berani sangat sampai diusik “si dia”. Gulp. Serik!

Memasak, selain dapat memupuk skil untuk suami tersayang; Muhammad Ahmad Kamal 🙂 sangat-sangat menjimatkan. Insya’Allah. Begitulah juga yang saya peroleh usai membaca “Ke manakah wang anda?”.

Semasa berkahwin kami memang betul-betul menjimatkan kos kerna menyatukan satu majlis (perempuan dan lelaki), tanpa pelamin, tanpa mak andam upahan (terima kasih kepada sepupu ku Kak Ija dan Kak Lin, Hanah, Tity serta Fathiyah terutamanya), tanpa fotografer rasmi (terima kasih Cik Mah, abang cik dan Nizamuddin), kad kahwin yang murah, baju pengantin  yang mampu milik yang alhamdulillah memberitahu bahawa “sayalah pengantin!”….

Selepas berkahwin, saya rasakan semakin berjimat dan mengikat perut…Kalau dahulu RM 50 di dalam dompet boleh saya habiskan dalam masa 5 minit, sekarang nilainya yang sama, alhamdulillah bertahan seminggu.

Saya menyewa bilik di rumah dua tingkat yang besar ini, bilik paling kecil dengan harga sewa RM 350 sebulan (termasuk bil air dan api). Harganya yang asal RM 400 tetapi saya menolak untuk menonton TV (siaran ASTROnya sahaja RM50 seorang sebulan!!). Lengkap perabot. Yang saya bawa buntut.. He he he

Semuanya kerna memikirkan tentang tambang kapal terbang pergi-balik yang menjangkau RM500 ke Sabah (jika mau menjenguk “rumah” lagi satu).

Sampaikan, pek kecil kopi, milo atau teh yang diperoleh percuma dari hotel dll. kini sangat dihargai saya berbanding dulu.

Subhanallah. Tuhan lah yang memberi rasa ini, saya bersyukur kerna Dia mendidik melalui ujian supaya menjadi lebih baik.

Memikirkan ini kadang membuatkan saya takut menjadi terlalu menjaga sehingga kedekut.  Tapi saya menemui jalan lain, jalan yang menguntungkan dan membahagiakan :- memasak lebih dan diagihkan di pejabat. Menguntungkan dan moga ada berkat juga kerna tidak mungkin saya boleh memasak dengan kuantiti sangat sedikit…

Menghargai itu erti syukur…seperti kata suami. 🙂

Blog Baharu Tahun Baharu!

Posted on Updated on

RencahRasa

Sempena Tahun Baharu 2013 (Selamat Tahun Baharu!!!) jemputlah ke blog baharu saya ya 🙂

Blog ini Rencah Rasa di link http://keliperiatehtarik.blogspot.com/ adalah blog masakan saya & aktiviti lain sebagai seorang isteri.

Jum ke sana dan dapatkan tips-tips berguna alam rumah tangga! Insya’Allah. 🙂